728 x 90

Sunday 10 January 2016

Honest review: Jalan jalan di zoo negara

Lamanya blog ni bersawang.. jap kita update slow-slow. Banyak entri tertunggak. Ni latest aktiviti pada Sabtu lepas masa short trip ke KL. Orang dah nak naik sekolah baru nak berjalan.Nak buat cemana, di saat-saat akhir cuti sekolah si abang berkhatan so 2 minggu la tak dpt ke mana-mana. 


Kitaorg decided nak pergi zoo negara, sebab cuaca sgt panas terik utk ke Bird Park. Last time visit zoo negara ni masa tuan tanah umur 5 tahun kot, 1985. Lama giler weh. Jom kita tengok apa yang ada di zoo yang mungkin tak sama dengan yg ditunjuk dlm website mereka. 

No panda...hanya regular visit sahaja. Kenapa? Sebab not a big fan of panda kot .


Pintu masuk  zoo, park di Zon A. Parking RM5 ( kitaorg duduk tak sampai 3 jam pun) 

Okay, in latest rate. Utk famili kami RM86. Kita tgk berbaloi ker tak .


operation hours. tak update ni, kalau weekend tutup pukul 6 ptg yer. tapi pukul 5,30 dah tutup untuk tgk haiwan, jst boleh lepak-lepak n jalan dalam tu jer.

Zoo map ni terpaksa snap sebab dia tak bagi free, kena bayar RM1 sekeping. First time kena bayar map, selalunya dpt free jer masa bayar tiket.

Harga Tram tiket kepada sesiapa tak rajin nak berjalan mcm kitaorg. blih tahan mahal jugak. cuma boleh berhenti 1 hentian jer. lepas tu korunk kena jalan jugak. lepas tu balik tunggu tempat sama turun dan naik. So nasihat saya, korunk jalan jer la yer. Kitaorg amik tram sebab tuan tanah kebetulan sakit kaki hari tu 

saya mencarik tong sampah, finally jumpalah sebiji sebelum nak masuk zoo. ( tolonglah tambahkan tong sampah yer pihak berkenaan) 

Kami masuk ngam ngam pukul 3 untuk animal show. Dia punya pentas teater masih tutup, so dia buat kat pentas mini ni jer. show burung kakak tua. No comment, sebab saya tak tengok. saya duduk jauh sebab seat penuh ( saya kan sakit kaki) . masa ni kami kena menapa jalan kaki jugak, belum naik tram.



Menapak keluar balik untuk naik tram. Kami stop dekat area utk tgk harimau dan seangkatan dgnnnya . 

Leopard tgh tidur

Harimau belang 
semak betul kolam unbtuk harimau berendam. patut dibersihkan 

ini harimau species lain 
kesian zirafah ni sensorang tak ada kawan

lepak mkn pop corn 7.50 sambil tgk zirafah. 

2 ekor gajah yang dah tak tahu nak buat apa

show 6D yang saya kena tipu kaw-kaw. bayaran utk 1 famili RM30 ( 2 adult, 2 kids). dia cakap show antara 5-10 minit. Sebenarnya 2 minit jer pun. so u all rasa berbaloi ker bayar dengan RM30 tu? setakat tgk perlumbaan luncur salji jer. Patutpun tak ada orang tengok . RM30 tu tak termasuk GST tau. 

ni umang rasanya, kesian takder org nak tgk dia. beria dia duk tunjuk memanjat ke sana sini dgn penuh gaya. yalah, sumer duk tumpu dekat panda. panda duk dlm air con lagi . tempat pun cantik. sabor jer la umang... 


Overall visit saya bagi 4/10. Memang sangat mendukacitakan. Jangan kita terlalu mengejar benda baru sampai kita mengabaikan benda-benda lama. Sedih kan tengok. Buat haiwan-haiwan dalam zoo, bertabahlah korunk yer. Tak tahu bila dapat jumpa lagi.

Sekian my honest review. Mohon jangan kecam yer, kita kritik/komen sebab kita sayang dan inginkan pembaikan, bukan kita nak tabur periuk nasi. Sebagai pecinta haiwan, sedih tau tengok. 

4 comments:

  1. wah seronoknya, teringin nak bawak my kiddos g sana, nak tgok en.Girri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... actually tak berapa seronok tau.. for me la sebab kenangan pergi ke zoo negara pada tahun 1985 lagi awesome.Sedih tengok diaorg tak maintain elok-elok tempat tu, memang nampak sgt dimakan usia. one of my best childhood moments ialah pergi ke zoo ini.

      Delete
  2. Perkongsian yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  3. Belum pegi lg..tp mmg ingin sgt.tp memandangkan komen byk yg negatif,asenyer tak smpai hati nk pegi.ni semua mngment dan standard staff staff.jika zoo mcm ni(zoo negara plk tu) ..boleh cerminkan peradaban negara mcm mana.klcc ,sepang circuit,putrajaya tu hanya kemegahan utk dipandang orang luar.politik malaysia yg busuk jejaskan kerajaaan.fikirlah sendiri...selagi sikap bongkak bongkak tu tak dibuang

    ReplyDelete