728 x 90

Sunday, 8 March 2015

Projek 1 Dapur 1 Keluarga- Misi membina semula kehidupan diteruskan dengan sumbangan lampu rechargeable

Saya akui memang saya jarang sangat berblogging, bercontest dan blog walking semenjak dua menjak ini. Ini kerana saya cuba memberi tumpuan sepenuhnya pada PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA. Walaupun contest #ambank #givealittle dah tamat, namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan projek ini. Di sini saya nak share status terkini Raja Shamri di wall FBnya berkenaan apakah bantuan yang diperlukan sekarang.



Rentetan dari status terkini Raja Shamri, saya akan menfokuskan penajaan 'rechargeable light' untuk  PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA ini. Saya menyeru kepada sesiapa yang nak sponsor, bolehlah direct order dekat lazada melalui direct link yang saya berikan di bawah ini dan dialamatkan terus pada Raja Shamri atau anda boleh PM saya di FB Merlyn Hasshim untuk mintak saya belikan. 








Raja Shamri Raja Husin
Golden Minds Consultant
PT587 ,Tingkat 1 Wakaf Lanas,
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
16800 ,Pasir Puteh,
Kelantan.


hp no: 0173872232


Ok, sekian dulu entry blog asal nak cepat siap jer.

Wednesday, 4 March 2015

Last entry cuti cuti melaka - kota a famosa

Macam mencabar mencarik kota a famosa ni, berkali kali pusing keliling bandar. sekali dekat tepi dataran pahlawan tempat kitaorg parking kereta daaa.Nampak sangat dah lama tak pergi. Last sekali pergi tahun 1993 ikut rombongan sekolah.

Susah jugak nak ambil gambar depan a famosa ni, sebab ramai sgt yg nak snap. Ni pun amik pakai ipad jer 

pintu belakang 

 yang ni kat atas, semput mak naik tangga nak sampai ke sini 

bos kecik ni panjang jumpa cannon, mesti nak naik atas tu. 

Tuesday, 3 March 2015

Tiada tajuk

Contest #ambank #givealittle telah tamat pada 28 Feb lepas namun PROJEK 1 DAPUR 1 KELUARGA masih tetap berjalan seperti biasa. Giveaway #ambank #givealittle . - membantu sambil mendapat voucher pun dah tamat dengan bilangan peserta 4 orang jer ( hadiah disediakan adalah untuk 3 orang ok). Minggu ni sibuk dgn exam bebudak, so result saya umumkan next week. Banyak hadiah tgh pending utk dipos kepada pemenang giveaway blog lain yang saya sponsor. semua dah siap pack, tinggal nak drop kat poslaju jer. Harap bersabar yer para pemenang, takkan lari gunung dikejar

Itu jer nak tulis, kepala dah berat. Penangan selsema punya pasal.