728 x 90

Saturday 27 September 2014

Hadiah selepas pulang bercuti :)

Rasanya dah bertahun lamanya comper picisan/ikan bilis ini tak update gambar hadiah kemenangan. Ni hadiah yang diterima minggu ini selepas pulang bercuti. Yang masih pending dan floating di organizer pun ada beberapa lagi)

Pinjam tagline blogger comper Aishah ,"Sikit-Sikit Lama-Lama Menang Besar!"



Pensonic Multicooker- steamboat n grill dari contest FB Munchys. Yang ni patut pergi Prize Giving bersama Haniz Zalikha, tapi jauh weh nak datang dari JB, so minta diaorg pos jer.



Voucher lunch set untuk 2 orang dari FB myteksi , sumbangan Everly Hotel Putrajaya.



Hadiah bath towel dari Dove,sampai sudah tak tahu dari contest mana.


Voucher Jakel bernila RM500 dari contest Peraduan #MSTAR SELFIE RAYA, menang bersama-sama comper Ayu Rafikah . Dah selamat jual dah pun. Terima kasih kepada buyer yang sudi membelinya. 



Masih menunggu cheque dari Nestle... hem...... 


3 comments: