728 x 90

Thursday 5 November 2015

Jom berniaga sendiri bersama USAHAWAN.COM

 Adakah anda seorang peniaga? Bekerja makan gaji tetapi ingin memiliki perniagaan sendiri? Tidak tahu bagaimana nak mulakan? Masih tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk dijalankan? Nak beli mesin takoyaki mini tetapi tidak tahu di mana?  Usahawan.com adalah jawapan kepada pencarian anda selama ini. 

Usahawan.com atau nama dahulunya, Evora Marketing telah mula beroperasi sejak tahun 2015 merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang  sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan. Syarikat yang 100% milik Bumiputra ini  berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan beroperasi di Senawang dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar Seberang Jaya, Shah Alam dan Johor Bahru. 

Usahawan.com menawarkan pelbagai pakej perniagaan mengikut budget dan kesesuaian anda. Dengan adanya website www.usahawan.com, anda dapat melayari dan membuat perbandingan sebelum membeli dan memulakan perniagaan anda. Segalanya mudah dihujung jari. Tidak perlu turun naik tangga ke pejabat mahupun kilang. Hanya klik sahaja anda boleh milik perniagaan sendiri. 

Mengapa anda perlu memilih usahawan.com sebagai rakan niaga anda? Pertama ia adalah syarikat penuh milik Bumiputra. Kedua kerana ia  merupakan pengimport/ pembekal secara langsung serta  memiliki kilang sendiri. Dengan ini, anda akan mendapat tawaran harga yang terbaik dan mereka juga  memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM, jadik tak perlu ragu-ragu lagi akan status halal. 

Usahawan.com bukan sistem francais. Oleh itu, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri. Selain dari harga berpatutan dan mampu milik, usahawan.com turut menyediakan latihan percuma dan khidmat sokongan selepas jualan. Menarik bukan? 

Jom kita layari website http://www.usahawan.com/  untuk melihat apa yang ditawarkan. 

Terdapat 2 pakej perniagaan yang ditawarkan ialah perniagaan percetakan dan perniagaan makanan. 





Pakej Perniagaan Pop Corn


Tertarik dengan pakej perniagaan pop corn +kiosk beroda. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan kepada yang nak baru mencuba berbisnes makanan bolehlah beli. Pop corn ni kalau nak makan kena pergi TGV la baru jumpa yang fresh. Kalau beli pakej ni boleh bukak gerai kat pasar malam mahupun pasar pagi. So far kat area saya ni belum ada lagi bisnes pop corn. Kanak-kanak pasti menggemarinya.

Menarik bukan? Jika anda berminat dengan bidang percetakan dan design, anda mungkin boleh mengambil pakej perniagaan t-shirt dan cenderahati .

Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt & Cenderahati


Inilah yang anda perlukan, 8 in 1 Combo Heat Press Machine. Mesin ini menjanjikan kualiti yang sangat memuaskan dalam tempoh masa yang tidak dijangka. Kepakaran khusus tidak diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan mousepad. Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.

Bagaimana hendak membeli? Kunjungi mana-mana cawangan Usahawan.com Sdn Bhd seperti di bawah

Diharap dengan penulisan ini dapat membantu rakan-rakan dan pembaca blog di luar sana yang ingin memiliki perniagaan sendiri. Anda boleh mulakan pada hari ini di rumah bermodalkan di bawah RM1000 sahaja. Jangan bilang ahkak tak payung yer. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej perniagaan yang ditawarkan , boleh layari sendiri uasahawan.com di  http://www.usahawan.com/ atau follow FB mereka di https://www.facebook.com/usahawancom?fref=ts untuk mengikuti perkembangan dan promosi terkini. 

2 comments:

  1. Replies
    1. jom la Ila... buat bisnes printing card pun baru 500+ jer beli machinennya

      Delete