Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf lama tak update blog. Cuti sekolah kali ni memang serious sibuk giler, selain travel ke sana sini, dengan my charity projek tak henti-henti serta contest-contest yang form semuanya menanti untuk diisi. Ok,kasik tarik nafas dulu . Kita cerita satu-satu.
Projek #sehatisejiwa-Baitus Solehah berjalan seperti biasa, yang ni memang saya updated live terus bila saya visit ke sana di laman FB saya . Tak sempah dah nak berblogging bagai semua. Duit donation memang sentiasa ada, Alhamdulillah dan saya belanjakan ikut keperluan yang diperlukan pada bulan tersebut. Means saya tak habiskanlah one shot, saya simpan for next visit nanti. Utk bulan Dis ni saya dah pergi melawat minggu lepas dan dijangka akan melawat lagi dengan gang #babybox johor dalam tempoh terdekat ni. Cadangnya kali ni nak bawak stok lampin pakai buang. Sesiapa berminat nak menginfak ke Baitus Solehah, bolehlah PM saya di FB Merlyn Hasshim . Kalau sesiapa nak melawat boleh la kita pergi sama-samma, kita set date dan time yang sesuai.
Projek kedua ialah projek beli kelengkapan sekolah bagi 65 pelajar miskin/anak yatim yang dikendalikan oleh Kak Yong dari Third force, bawah pimpinan Raja Shamri. Seperti yang semua maklum, saya pernah bekerjasama dgn Raja Shamri utk #projek1dapur1keluarga dan kali ni atas personal request saya cuma bantu untuk cari dana membeli kelengkapan sekolah. Saya cari fund jer, yang akan turun padang dan belikan dan serahkan nanti ialah Kak Yong sendiri nanti. Untuk projek persiapan banjir ni saya KIV dulu la sebab saya tumpukan pada keperluan lain. Tarikh akhir untuk kutipan dana ini ialah pada 18 Dis ini so sesiapa yang nak sponsor boleh berbuat demikian sebelum tarikh tersebut. Saya akan update jumlah terkini di wall FB saya. Yang setakat saya check malam ni dlm acc bank ada RM705 .
Projek ketiga ialah projek Babybox. Saya tak collect fund untukprojek ni, tapi saya ada buat jualan amal dan pada masa sama saya collect barang-barang baby serta mengagihkan babybox kepada penerima yang berdaftar. Boleh layari page Projek Tamak Pahala untuk penerangan lebih lanjut. Buat masa skang saya cover untuk area Johor. Insya-Allah bulan depan jika tiada aral kami akan buat jualan amal dan free market lagi untuk warga johor. Boleh rujuk entry lepas di sini http://merlynhasshim.blogspot.my/2015/11/jualan-amal-babybox-johor-dan-free.html . Sesapa nak beli stroller, barang dan keperluan baby yg murah boleh PM saya sendiri sebab barang-barang tersebut ada di rumah saya, plan nak letgo masa jualan amal nanti. Tapi kalau nak cepat, boleh direct ambil di rumah saya. Kena tunggu saya upload gambar dulu la yer.
Untuk perkembangan terkini mohon follow FB saya sebab saya memang rajin update dalam tu.
Sekian dulu laporan/catatan ringkas.
Merlyn Hasshim
Eh, takder cerita/update fasal contest ek.Hopefully ada rezeki untuk kami sekeluarga di hujung tahun ini.. Amin...
Satu catatan perjalanan hidup seorang insan biasa. Segala tulisan adalah pandangan peribadi semata-mata tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia.
Sunday, 13 December 2015
Wednesday, 2 December 2015
Evolusi kulit sihat dan cantik bersama DocLab
Annyeonghaseyo!
An nyeong ha siut seum ni ka?
Jaljinaeyo.
Tetiba keluar bahasa Korea la pulak dalam blog melayu ini. Ok, actually nak cerita ni . Saya ni memang dari dulu lagi peminat fanatik cerita korea skin care korea sebab kebanyakan produk mereka ni bersesuaian dengan kulit Asia macam saya ni. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan DocLab Face Ampoule. Amenda pulak Face Ampoule ni? Mari kita baca dulu .
DocLab produk terkini yang dirumus dan dihasilkan di Korea Selatan. Intipati kandungan utamanya teridri daripada asid hyaluronic, ekstrak ginseng, kolagen dan juga ekstrak daun aloe vera. DocLab tidak mengandungi alkohol, kandungan berunsur haiwan haiwan, silikon atau paraben. Iajuga bebas dari sebarang pengawet dan bahan kimia terlarang, jadi anda tidak perlu risau menggunakannya.
Ampoule lebih efektif berbanding serum untuk kulit yang mengalami pimentasi dan melambatkan proses penuaaan . ( untuk yang dah berumur macam saya ni) Kesan penggunaan ampoule juga lebih cepat berbanding serum. Ia sesuai untuk pengawalan sebum; menjadikan kulit lebih lembut,halus dan kurang minyak. Ampoule ni kira benda baru la nagi saya, selama ni saya pakai serum sahaja, tu pun dah rasa habis best dah tu.
DocLab didatangkan di dalam kotak khas
Satu kotak mengandungi 5 botol Face Ampoule. Satu botol untul sekali penggunaan.
Kecil-kecil cili padi, walaupun bersize kecil ia memberi hasil yang luar biasa sekali.
Ini wajah sebelum guna DocLab, muka tengah breakout teruk sebab alahan makanan laut
Ini selepas 5 kali penggunaan DocLab. Kesan bintik merah akibat alahan telah hilang dan kulit lebih anjal, gebu dan putih bersih. Liang roma di muka semakin mengecil dan wajih makin kurang berminyak. Sangat berbaloi sekali!
Video penerangan ringkas DocLab serta cara menggunakannya
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk DocLab ini bolehlah melayari laman web mereka di
atau follow instagram mereka di
dan "like" fan page mereka di
Berminat memiliki wajah yang cantik mulus persis artis Korea? Bolehlah order DocLab hari ini juga seperti tertera di bawah:
@
017-3201998 (WA/TA/MSG ILASALEH)
Joeun haru dweseyo.
Annyeong !
Sunday, 29 November 2015
Majlis Graduasi Aariz
Sedar tak sedar si bos kecik Ahmad Aariz ni dah berada di tahun akhir pra sekolah. Dah besar rupanya anak mama. Tahun lepas tengok kecik jer sebelum pakai spek mata. Dua tahun ni Nuri, tahun terakhir berpindah ke tadika Al Azhar ( satu company dengan Nuri jugak cuma dia Islamic version) .
Kanak-kanak selalu akan ingat the best memory mereka di permulaan sekolah iaitu tadika. iaitu dengan aktiviti dan field trip serta graduation day. So kita abadikan kenangan graduasi dan hari persembahan di blog ini buat tatapan di hari akan datang. lepas tu share dlm FB, tahun depan FB akan up balik memori ini.
Inilah dia jejaka-jejaka tampan yang sedang menunggu turn untuk membuat persembahan
mmmy terpaksa zoom sebab tu gambar akak blur
Selamat bergraduasi
Bersama mummy-mummy yang gorgeous
Aariz bersama bestfriendnya, Hakimi bergambar bersama ticer Tira n Ticer Huda
Next year tak jumpa dah... huhuhuhuhu
Esok last day Aariz di Al Azhar sebab bulan Dis ni dah stop hantar child care, takderlah dia nak pergi sekolah time cuti tgk abag dia lepak kat rumah. So mummy nak plan farewell party utk Ariz n ticer-ticernya. Harap ia menjadi kenangan yang terindah buat Aariz sebab kita pun tak tahu esok-esok di hari mendatang macam mana kan. ( mcm mendalam jer maksud ayat ini, but we hope n pray for the best) .
Mama Aariz
Tuesday, 24 November 2015
Balik kampung - makan-makan punya cerita
Wawawawawa... dah bersawang habis blog nih. Jenuh tuan tanah nak bersihkan. Sebenarnya saya ambil cuti seminggu, balik kampung tanam jagung. Eh, balik kampung menziarahi orang tua la. Kenetulah di Johor ada extra cuti iaitu hari keputeraan dan hari Hol, jadi kami ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Last time balik ke Kota Bharu masa raya puasa lepas. So bayangkan dah berapa lama tak balik... huhuhuhuhu
Selamat datang ke Kota Bharu. Signboard ni actually jupa mmasa dah keluar dari KB. Sekarang dah masuk musim tengkujuh jadi memang hujan setiap hari dan sepanjang masa. baka kata omputih 24/7 gituh.
Sempat menziarahi ex school make, Mek Da n Wina.Er, kesian baby nangis mummy sibuk nak bergambo pulak.. hehehehehe
Acara wajib, membeli sarapn pagi berupa nasi berlauk ikan aya, nasi tumpang dan pulut kuning di Pasar Kubang Pasu.
Ini port lunch kami, tapau nasi paku di berek 12. (Nasi paku ni nasi bungkus yang dipakukan instead of using getah). Lauk yang femes di sini sememangnnya ayam goreng kampung dan daging kerutub.
Yang ni dinner kami pada hari pertama sampai, nasi kukus Zaiman dekat dgn flat bazar buluh Kubu. Menu mcm biasa nasi dengan ayam goreng.
Aktiviti makan-makan tak banyak.mostly kami tapau jer. Sebab pertama si Aariz deman. Kedua cuaca hujan. ketiga mummy on diet... huhuhuhuhu
Wednesday, 11 November 2015
Keep Calm and Do Good Deeds
Personalized mug dari PRINTCIOUS yang baru diterima minggu lepas. Tak terfikir pulak kata-kata di mug itu bersesuaian dengan situasi yang saya hadapi sebagai volunteer hari ini .
Saya bermula dengan 5 unit dapur semasa Projek 1 Dapur 1 Keluarga dan jumlah terakhir projek ini selepas dilancarkan bernilai 30K. Semuanya selamat dibelanjakan dan diserahkan pada team Raja Shamri. Selepas tu saya involve dengan team Babybox Johor dan yang terkini projek #sehatisejiwa- Baitus Solehah. Dalam projek ini, saya menjadi wakil untuk membeli barang keperluan Baitus Solehah mengikut keperluan dan permintaan mereka.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rerakan dan kenalan yang mempercayai dan menyokong projek kecil saya ini . Kepada yang ragu-ragu dan tak tahu, jangan malu atau segan untuk bertanyakan pada saya. Saya mengalakkan anda sama-sama pergi melawat supaya anda boleh melihat sendiri dan mempelajari sesuatu. Tapi saya faham kekangan masa anda sebab itulah saya buka untuk tolong belikan barang-barang yang diperlukan.
Antara barang yang diperlukan ( bergantung kepada keperluan setiap bulan):
Milo
Nestum
Nespray
Quacker Oats ( Merah)
Susu pekat manis
Biskut cap Ping Pong
Oren Sunquick
Bahan-bahan memasak seperti kicap, sos cili, bawang, halia, cili kering , minyak masak dan apa-apa yang bersesuaian.
So basically my monthly shopping adalah barang-barang di atas dan dibeli mengikut keperluan Baitus Solehah sahaja. Macam bulan ni mereka request biskut Ping Pong n Sunquick, so saya beli la . Biskut ping pong tu saya beli 3 karton terus sebab lagi murah. beli kat Giant jer.
Akhir kata kalau u all nak buat ur own personalized mug, boleh order kat PRINTCIOUS.COM ek. Seriously dah jadi ketagih la pulak ni, hehehehehehehe
Next projek, Insya-Allah next month kita akan bantu team third Force di Kelantan di bawah kelolaan Kak Yong untuk membekalkan keperluan persekolahan utk anak-anak yatim dan kurang berkemampuan.
So keep calm and do good deeds!
Merlyn Hasshim
Founder #sehatisejiwa-Baitus Solehah
Monday, 9 November 2015
Sehati sejiwa-Baitus Solehah
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk bulan ke 4 projek Sehati Sejiwa- Baitus Solehah dilancarkan. Setiap bulan projek ini menerima sumbangan dari beberapa individu yang amat prihatin dengan perjalanan rumah perlindungan Baitus Solehah. Semoga sumbangan kecil kami ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan perlindungan, penjagaan, pendidikan dan pemulihan jiwa pelatih di sini.Terima kasih kepada semua penderma yang budiman. Tanpa kalian, tidak mungkin projek ini dapat direalisasikan setiap bulan. Harapan saya agar dapat terus beristiqamah untuk meneruskan projek ini sehingga ke bulan-bulan berikutnya.
Bibik wakil Baitus Solehah bersama cucu founder BS menerima sumbangan dari #sehatisejiwa
memborong sunquick yang tengah sale di Econsave, ada free gift lagi.
Ini gambar terbaru baby Iman, dah makin besar
Baby Zulaikha baru bangun tidur, tgh moody tak berapa nak berposing sangat.
Bersama abg sado
Antara yang dibeli, semuanya berdasarkan permintaan Baitus Solehah.
Kebiasaannya, setiap hujung bulan saya akan bertanya pada Ummi ( founder baitus Solehah ) apakah barang keperluan yang diperlukan dan saya akan mula shopping bersadarkan list yang Ummi bagi serta budget yang ada bulan tu. If ada lebihan, saya carry forward ke bulan depan atau kadang-kadang tengah bulan pun if ada request saya belikan terus. So far Alhamdulillah, memang sumbangan tak putus-putus datang.
Next visit Insya-Allah pada hari Jumaat ini bersamaan 11 Nov 2015 jam 3 petang. Sesiapa nak join lawatan ringkas ini boleh hubungi saya di FB Merlyn Hasshim . So far kita ada 2 orang yang turut serta dalam lawatan ringkas ini. Selalunya saya pergi bawak bebudak jer lepas diaorg balik sekolah, tapi kali ni ada special request dari individu yang nak menyerah sendiri sumbangan. Kalau sesiapa nak join boleh jumpa di meet point Petronas Taman Universiti bersebelahan dgn Aeon Taman U. Dari sana kita akan bergerak bersama-sama ke Baitus Solehah. Tolong jangan PM tanya alamat Baitus Solehah yer sebab ianya private n confidential.
Untuk mengetahui aktiviti dan perjalanan Baitus Solehah, jemput layari FB mereka https://www.facebook.com/Baitus-Solehah-399193996854134/?fref=ts .
notakaki: Saya memang tak pandai nak cerita, so siapa nak tahu cerita boleh direct baca FB Baitus Solehah atau sama-sama kita pergi melawat .
Thursday, 5 November 2015
Jom berniaga sendiri bersama USAHAWAN.COM
Adakah anda seorang
peniaga? Bekerja makan gaji tetapi ingin memiliki perniagaan sendiri? Tidak
tahu bagaimana nak mulakan? Masih tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk
dijalankan? Nak beli mesin takoyaki mini tetapi tidak tahu di mana? Usahawan.com
adalah jawapan kepada pencarian anda selama ini.
Usahawan.com atau nama
dahulunya, Evora Marketing telah mula beroperasi sejak tahun 2015
merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan
standard dan citarasa pasaran tempatan. Syarikat yang 100% milik Bumiputra
ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal
produk & perkhidmatan yang berkaitan beroperasi di Senawang dan mempunyai
beberapa cawangan di sekitar Seberang Jaya, Shah Alam dan Johor Bahru.
Usahawan.com menawarkan
pelbagai pakej perniagaan mengikut budget dan kesesuaian anda. Dengan adanya
website www.usahawan.com, anda dapat melayari dan membuat perbandingan
sebelum membeli dan memulakan perniagaan anda. Segalanya mudah dihujung jari.
Tidak perlu turun naik tangga ke pejabat mahupun kilang. Hanya klik sahaja anda
boleh milik perniagaan sendiri.
Mengapa anda perlu
memilih usahawan.com sebagai rakan niaga anda? Pertama ia adalah syarikat penuh
milik Bumiputra. Kedua kerana ia merupakan pengimport/ pembekal secara
langsung serta memiliki kilang sendiri. Dengan ini, anda akan mendapat
tawaran harga yang terbaik dan mereka juga memiliki kilang pengeluaran
produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM,
jadik tak perlu ragu-ragu lagi akan status halal.
Usahawan.com bukan
sistem francais. Oleh itu, anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk
francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat
dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk
menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri. Selain dari harga
berpatutan dan mampu milik, usahawan.com turut menyediakan latihan percuma dan
khidmat sokongan selepas jualan. Menarik bukan?
Jom kita layari website http://www.usahawan.com/ untuk melihat apa yang ditawarkan.
Terdapat 2 pakej
perniagaan yang ditawarkan ialah perniagaan percetakan dan perniagaan
makanan.
Pakej Perniagaan Pop Corn
Tertarik dengan pakej
perniagaan pop corn +kiosk beroda. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan
dan kepada yang nak baru mencuba berbisnes makanan bolehlah beli. Pop corn ni
kalau nak makan kena pergi TGV la baru jumpa yang fresh. Kalau beli pakej ni
boleh bukak gerai kat pasar malam mahupun pasar pagi. So far kat area saya ni
belum ada lagi bisnes pop corn. Kanak-kanak pasti menggemarinya.
Menarik bukan? Jika anda
berminat dengan bidang percetakan dan design, anda mungkin boleh mengambil
pakej perniagaan t-shirt dan cenderahati .
Pakej Perniagaan Cetak
T-Shirt & Cenderahati
Inilah yang anda
perlukan, 8 in 1 Combo Heat Press Machine. Mesin ini menjanjikan kualiti yang
sangat memuaskan dalam tempoh masa yang tidak dijangka. Kepakaran khusus tidak
diperlukan untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati, ianya cukup lengkap
dengan bantuan mesin ini sahaja. Mesin ini berupaya mencetak T-shirt dan
pelbagai jenis cenderahati seperti mug, topi, beg, jubin seramik dan mousepad.
Bermula secara kecil-kecilan, pulangannya adalah sangat lumayan.
Bagaimana hendak
membeli? Kunjungi mana-mana cawangan Usahawan.com Sdn Bhd seperti di bawah
Diharap dengan penulisan
ini dapat membantu rakan-rakan dan pembaca blog di luar sana yang ingin
memiliki perniagaan sendiri. Anda boleh mulakan pada hari ini di rumah
bermodalkan di bawah RM1000 sahaja. Jangan bilang ahkak tak payung yer. Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai pakej perniagaan yang ditawarkan , boleh
layari sendiri uasahawan.com di http://www.usahawan.com/ atau follow FB
mereka di https://www.facebook.com/usahawancom?fref=ts untuk mengikuti
perkembangan dan promosi terkini.
Wednesday, 4 November 2015
JUALAN AMAL BABYBOX JOHOR DAN FREE MARKET DI CBS PELADANG SKUDAI
Patutnya event ni kita wawarkan dalam blog minggu lepas tapi boleh pulak terlupa sebab sibuk sesangat. Event ni dah pun berlangsung Sabtu lepas bertempat di carboot sales (CBS) pasar Peladang Skudai. Team Babybox Johor telah mengambil 2 lot untuk mengadakan jualan amal serta free market. Jualan amal ini adalah untuk mencari dana untuk projek Babybox di bawah kelolaan Projek Tamak Pahala dan kami sebagai volunteer untuk zon Johor telah berhempas pulas seawal 7 pagi untuk menjayakan projek kecil ini.
Apakah itu free market? Free market ialah pasar percuma.... hehehehe, direct translation terus tu. Ok, free market ni bermaksud kita letak barang dan pengunjung boleh ambil free jer mengikut keperluan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang mampu untuk mendapatkan keperluan dengan percuma. Buat masa sekarang kita cuma ada stok pakaian sahaja seperti baju dewasa, seluar jeans serta tudung .
Jualan amal pula kita ada menjual barang keperluan bayi; baru dan terpakai pada harga yang sangat murah. Katil kayu baby boleh dapat RM30 sahaja tau, mana nak dapat kat tempat lain. Kami bukan nak buat profit, tujuan kami adalah untuk membantu pasangan yang kurang mampu dalam persediaan untuk kelahiran bayi. Dengan serba serbi naik sekarang ni, kenalah bijak merancang perbelanjaan kan.
Ok, itulah serba sedikit ceritanya. Ini bukan report, tetapi sekadar coretan penulis untuk rujukan di hari akan datang. Oh ya, pada hari tersebut saya ada jual lasagna, namanya Lasagna Sedap Skudai. Nanti saya cerita dalam entry berikutnya yer.
Jom kita tengok dulu gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.
Apakah itu free market? Free market ialah pasar percuma.... hehehehe, direct translation terus tu. Ok, free market ni bermaksud kita letak barang dan pengunjung boleh ambil free jer mengikut keperluan mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang mampu untuk mendapatkan keperluan dengan percuma. Buat masa sekarang kita cuma ada stok pakaian sahaja seperti baju dewasa, seluar jeans serta tudung .
Jualan amal pula kita ada menjual barang keperluan bayi; baru dan terpakai pada harga yang sangat murah. Katil kayu baby boleh dapat RM30 sahaja tau, mana nak dapat kat tempat lain. Kami bukan nak buat profit, tujuan kami adalah untuk membantu pasangan yang kurang mampu dalam persediaan untuk kelahiran bayi. Dengan serba serbi naik sekarang ni, kenalah bijak merancang perbelanjaan kan.
Ok, itulah serba sedikit ceritanya. Ini bukan report, tetapi sekadar coretan penulis untuk rujukan di hari akan datang. Oh ya, pada hari tersebut saya ada jual lasagna, namanya Lasagna Sedap Skudai. Nanti saya cerita dalam entry berikutnya yer.
Jom kita tengok dulu gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.
Pengunjung sedang memilih pakaian di bahagian "free market"
Jualan amal Lasagna serta moist cake
Penulis bersama Kak Fidah, my senior masa kat UTM. Thank Kak Fidah sudi dtg dari jauh untuk support adikmu ini
My first trial. Alhamdulillah, semua habis jual. Buat 2 tray jer, anak-anak dah pow 3 kotak.. huhuhuhu
Ok, saya ada satu berita baik untuk orang Kota Tinggi.Pada 5 Nov ni, iaitu hari esok team kami akan berada di Karnival Usahawan dan Kerjaya Tenggara bertempat di Dewan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi . Kami akan adakan free market, jualan amal serta drop box bagi mereka yang ingin menderma barang-barang bayi untuk projek Babybox. So orang Kota, kita jumpa di sana esok yer.
Friday, 30 October 2015
Menikmati English Breakfast Tea bersama PRINTCIOUS.COM .
Minggu lepas saya ada berkongsi mengenai PRINTCIOUS.COM dan saya telah sempat shopping 2 cenderahati di sana. Jom kita tengok apa yang saya order . Baru jer sampai semalam.
Penghantaran menggunakan kurier skyet, semua item dibalut kemas dan diterima dalam keadaan yang baik . Jadi anda tidak perlu risau kalau item ni terpecah ker.
Yeay.. ini mug yang saya order. Cantik bukan? Dah siap rasmikan utk morning tea. Saya tak buat personalized mug sebab saya tertarik dengan design ini yang agak simple tetapi ada unsur sentimental dan happy go lucky, sesuai la bagi saya nak carik inspirasi pagi-pagi. Next order saya kena letak la my blogname, tak terfikir pulak hari tu nak tambah.
T shirt "I turn Coffee into Code " ni request en suami. Lepas tu dia tgk mug bini dia cantik, berkenan pulak. Harus repeat order ni.
Mulakan hari yang ceria bersama kopi mahupun teh menggunakan mug favourite anda,design eksklusif dan istimewa hanya dari PRINTCIOUS.COM . Sama ada untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada sahabat handai, ahli keluarga mahupun sesiapa juga, pasti memori terindah dicipta dan dikenang sepanjang masa.
Layari laman web PRINTCIOUS.COM untuk membuat pesanan dan anda pasti berpuas hati!
Wednesday, 28 October 2015
Dunia si kecil di TOYS R YOURS
Pada bulan lepas, saya dan bebudak ni ada kat KL sebab teman abah diaorg ada kerja. So masa tu saya ambil kesempatan untuk membawa diaorg ke kedai mainan kawan saya berhampiran LRT stesyen Taman Jaya. Hajatnya nak buat surprise pada Aariz sebab saya kirim Hot Wheels track set dgn kawan saya tu masa warehouse sales kat Jaya One. Tak sempat nak pergi sendiri sebab hari yang sama kita org fly pergi GC. Masa kat GC memang si Aariz duk merengek nak beli hotwheels tapi saya tak bagilah sebab dah kirim kan. Lagipun Kat Ausie lagi mahal la harganya.
So hari tu kami bertiga naiklah LRT dan turun di Taman Jaya. Kena jalan kaki sikit la. Selepas jer A&W yang baru tu, ada nampak bangunan medan selera . masuk dalam sikit jumpalah kedainya. Kalau tanya orang kat situ sure kenal sebab aad satu jer kedai mainan di sini.
Kat kedai ni terdapat pelbagai koleksi mainan yang baru dan terpakai, sesetengahnya agak "rare" dan susah nak dijumpai. Toke kedai dia, Azlin Sha seorang yang sangat peramah dan budak-budak pasti cepat suka dekat dia. Tengok jer la gambar kat bawah ni diaorg dah buat macam rumah sendiri daa..
Inilah kedainya
Dah buat macam rumah sendiri la pulak
beskal utk si kecik pun ada
Pelbagai action figuers dan educational toys
Carik Bumblebee ker tu?
Koleksi Hot Wheels
Teddy and bear untuk si manja
Limited edition action figure
Bersama toke kedai, Azlin Sha . Thanks Sha sudi melayan kami anak beranak.
Hasil tangkapan.. siap dapat free gift lagi tu
Kalau sesiapa nak pergi, ini alamatnya yer :
Toys R' Yours (Trys Trading)
No 41,
Kompleks Emporium Makan Seksyen 52,
Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya,
Selangor.
We are located inside the food court building, next to the newly relocated a&w (The famous A&W in front of Amcorp Mall)
Walking distance is just about 5 mins walk from Taman Jaya Lrt Station.
Our business hour is 10am - 5pm from Monday to Saturday.
Boleh layari page mereka di Toys R Yours untuk promosi dan koleksi mainan terkini.
Subscribe to:
Posts (Atom)