728 x 90

Tuesday 2 December 2014

Aktiviti cuti sekolah di sekitar Skudai- Johor Bharu

Harap entry ini tidak terlewat bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pengisian aktiviti cuti sekolah anak-anak. Di sini saya berkongsi hebahan aktiviti yang dianjurkan di sekitar Skudai dan Johor Bharu untuk panduan. Jika ada persoalan lanjut boleh hubungi sendiri pihak berkenaan


Aktiviti di Perbadanan Perpustakaan Johor. Boleh rujuk FB  https://www.facebook.com/PPAJohor  untuk keterangan lebih lanjut .


Aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan Kanak-Kanak Taman Universiti. Yang ni minggu lepas baru hantar Shukri pergi Pertandingan Deco Cupcake. Aktiviti yang paling terdekat di sini ialah Key Chain Clay, di mana sebanyak RM5 yuran dikenakan. Sila rujuk FB perpustakaan ini untuk maklumat lanjut  https://www.facebook.com/pages/Perpustakaan-Kanak-kanak-Taman-universiti/10150143609590422


Yang ni pasti menarik minat anak-anak lelaki, Kem Robot Cuti Sekolah. Ni dapat dari flyers yang diletakkan dlm letter box kat rumah. Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh dan pembayaran, bolehlah berhubung terus di laman web ini http://earlyedukids.com/ atau FB https://www.facebook.com/earlyedukids  . Kalau tak silap, mereka beroperasi di Taman Pulai Perdana 2.


Itu jer makluman yang saya terima. Yang art creative class di UTM tu rasanya dah tamat minggu lepas, if ada lagi akan saya wawarkan.

Jika anda tahu apa-apa aktiviti di sekitar JB dan Skudai, bolehlah tinggalkan komen di bawah untuk perkongsian bersama.


2 comments:

  1. baguslah macm ini untuk anak murid yang sederhana kehidupannya boleh bergantung harap pada aktiviti ini. kalau mampu tentu hantar anak ke kem bagai tu kata sure mahal uh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang ramai yang join sebab tak banyak sangat yg anjurkan aktiviti sebegini pada kos yang murah

      Delete