728 x 90

Wednesday 3 December 2014

BerBBQ lokching ( sate ikan) di malam hari

Weekend baru ni encik suami balik kampung sebab ada kecemasan. Kitaorg semua tak ikut. Sekembali dari kampung, ada sesuatu benda yang dibawa balik. Jom kita tengok apakah benda itu.


 Tadaa.. lokching atau nama lain sate ikan , makanan yang pasti menggamit kenangan di zaman persekolahan. Hanya yang membesar di Kelantan dan Terengganu jer yang kenal makanan ini. Harga masa tahun 80an adalah 10 sen secucuk, skang ni 20 sen kot. Makanan yang menjadi kegemaran budak sekolah kini dah di commercialized, siap ada frozen lagi tuh. Yang dibawa balik ke JB ni hanyalah "isi" sahaja, saya beli lidi kat Giant cucuk balik, sebab tu nampak besar size satenya. Di jual beserta dengan kuah pedas dan manis. Harga 1 kilo kalau tak silap RM18, yg dlm gambar tu 1/2 kilo jer.

Lokching ni kalau bakar pakai dapur gas tak sedap, dia jadi liat. Jadi nak tak nak kena pakai dapur arang jugak. Gigih pergi Giant Tampoi cari portable BBQ. Mujur on sale, dari harga 69.90, dpt la 49.90 . Agak tahan lasak jugak modelnya.


Api slow sahaja digunakan untuk bakar lokching, kejap jer dah masak



Sesambil tu bakar jagung dan sosej untuk menambah variasi dinner kitaorg 


Yummy, sedapnya.... 


Tukang bakar malam ini, sila abaikan keadaan di belakang yg mcm rumah tak siap 

Siapa yang nak beli readymade/frozen lokching ni, boleh beli dekat jalan utama Chendering, lokasinya depan masjid Chendering ( seberang jalan). Nama kedai dah lupa, tapi memang ada tulis "lokching" kat luar. Gerenti mesti korunk jumpa.





8 comments:

  1. Salam. Hee seronok ada aktiviti BBQ dirumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bakar lokching punya fasal wak.. kalau tak tak koser mak tau

      Delete
  2. Lokching? Seriously, saya baru tau tentang makanan ni sebab jarang ke pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap.. kalau dah mkn tak boleh nak stop

      Delete
  3. Kenangan lama ni, sanggup simpan suit blanje skoloh.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah syukur dpt pulang kampung ya selalu makan ramai ada jer seleranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takdpt balik, Insya-Allah minggu akan datang baru dpt join ramai-ramai balik kampung

      Delete