728 x 90

Saturday 13 December 2014

Kejutan di hari minggu bersama servis penghantaran makanan FOODPANDA


Saya mula menetap di Johor dari tahun 1998, masa tu baru daftar dekat UTM. Sedar tak sedar, sudah 16 tahun berkelana di sini. Dari mula duduk kat sini sampailah dah beranak pinak ni, saya memang agak rapat dengan pakcik saya iaitu adik mak saya. Pakcik saya yang saya panggil Ayah Tan nilah yang menjadi keluarga kedua saya dari zaman undergrad sampailah dah kawin, pergi oversea, balik semula ke sini . Memandangkan weekend baru ni kami semua tak keman-mana, saya merancang untuk membuat kejutan pada pakcik saya dan keluarganya. Kita saksikan bagaimana misi ini disempurnakan. 

Mula-mula saya buat tempahan dekat foodpanda 

 Saya register akaun dulu, so dapatlah welcoming voucher RM10 untuk digunakan ( dihantar melalui email yang kita register). So kat sini dah dapat save RM10. 

Kemudian saya masukkan "location" untuk melihat pilihan restoran mana yang ditawarkan mengikut kawasan . Nampaknya ada 37 pilihan restoran untuk di kawasan yang saya pilih. 



Saya suka susun atur laman web ini kerana ia mesra pengguna. saya boleh kecilkan pencarian retsoran pilihan dengan menggunakan menu "filter restaurant" di sebelah kanan" . Kalau tak faham, kat bawah sebelah kanan ada butang "chat now". Boleh ajukan apa-apa kemusykilan dan akan ada orang reply nanti. 



Ok, dah selamat order. Yang bestnya, boleh buat pre order dan saya memilih untuk buat order sehari sebelum "kejutan" supaya semuanya berjalan lancar esok.

Keesokannya, saya menerima email dan panggilan telefon dari foodpanda berkenaan dengan tempahan saya. Kalau ikut plan, pukul 1 tengah hari tempahan akan sampai di rumah pakcik saya.




Kami dalam perjalanan ke rumah pakcik. Jalan jam la pulak, Pukul 12.40 delivery guy dah call kata nak hantar, tapi saya suruh dia hold dulu sebab saya masih di atas jalan raya. Pukul 1 tgh hari dia call lagi, kata dah ada sekitar area rumah pakcik. Saya minta dia tunggu kat jalan luar sementara nak sampai. Nantikan rosak pulak "kejutan" untuk pakcik saya. Sebab saya memilih untuk COD, jadi saya kenalah berada di sana untuk membayar. Deliver guy ni memang sporting habis, dia tunggu jugak saya hampir 15 minit la jugak. 




Ingatkan deliver naik motor, sekali naik kancil daaaa



Penuh tangan tu, nampak sangat banyak kita order kan .



Tuan tanah senyum melebar selepas berkali-kali minta maaf kerana terlewat sampai. ( sebenarnya banyak sangat acara menyingah ke sana sini sebelum ke destinasi)


Special pose bersama deliver guy foodpanda untuk pembaca blog.


"Siapa pulak ni, lyn? "


"Eh,apa pulak atas meja ni? "


"Oh, awak yang hantar makanan ni. Kerja dengan siapa?" 


    "Saya buat servis hantar makanan dengan foodpanda pakcik ." 


Kita tengok apa yang diorder melalui servis foodpanda .


Setelah di transform ke dalam pinggan, barulah nampak macam home cooked meal kan?


Tak sabar-sabar dah bebudak ni, sebab lapar sangat.




Sebelum menjamu selera, kena posing dulu.




Salad tu tambah sendiri, tak termasuk dalam menu yang kita order.




Mission accomplish. Masa untuk pulang. 





Bergambar kenangan dgn my most favourite aunty and uncle. Insya_Allah, ada rezeki dan kelapangan kita makan-makan bersama lagi. 

Jujurnya, ia adalah pengalaman yang sungguh bermakna bersama penghnataran makanan foodpanda. Komunikasi 2 hala memainkan peranan yang penting supaya upacara "kejutan" dapat berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Kesabaran delivery guy menunggu saya sampai di kala huan harus mendapat pujian. ( saya lupa pulak nak tanya nama dia). Terima kasih kepada The Butterfly Project Malaysia   kerana mengesyorkan servis penghantaran makanan foodpanda kepada saya.

Jadi bagi anda yang ingin menggembirakan insan tersayang dalam masa 1 jam ni, atau ingin menikmati hidangan kegemaran anda tanpa perlu keluar rumah dan bersesak di jalan raya, atau tetiba gas rumah anda habis ketika sedang memasak, bolehlah cuba dengan food delivery service food panda ini . Sila layari laman web https://www.foodpanda.my/


Video ini memaparkan apa yang boleh dibuat dalam masa sejam ( kiranya lepas dah order food panda tu, sementara nak tunggu sampai dalam sejam tu, apa yang kita boleh buat) . 


Cadangan saya pada foodpanda agar dapat meluaskan lagi kawasan liputan penghantaran terutama di area Skudai sebab setakat ini mereka cuma cover sampai Mutiara Rini sahaja, so geng-geng Pulai boleh tengok sahajalah.

Sedikit penerangan mengenai food panda: credit to https://www.foodpanda.my/

From Kuala Lumpur to Penang, from Petaling Jaya to Johor Bahru, make your life easier with food delivery in Malaysia!
Any kind of appetites will be satisfied with foodpanda: pizza, sushi, Korean food etc.
At home or in the office - Enjoy food panda delivery Malaysia
foodpanda is an online food delivery service that makes it easy for customers to order food from the best restaurants in Malaysia and get it delivered at their home. With more than 500 restaurants to choose from, foodpanda makes food delivery in Malaysia faster, easier and more convenient. Customers can order food from popular international chains like Tony Roma'sKenny Rogers RoastersSushi KingGongchaA&W rootbeerCubes PizzaSakae SushiItaliennesSimplyd and lots more or from the local favorites like Canadian PizzaKgb Killer BurgersTGI Friday´s - The Gardens,Salad Atelier Cafe,Chatime Jalan DelimaPat Kin Pat Sun Cafe SouthgatePapa John´s KL, Ipoh, MelakaSimply D (Avenue K)Passage thru IndiaJM Bariani House Suria KLCCLiving Food restaurantWendy´s Suria Klcc MallItaliannesSakura CafĂ©Bar B Q TonightPapa Rich Subang Jaya , Kashmir RestaurantSushi KingChatime Malaysia7 ElevenCanadian Pizza MalaysiaTang ShifuChatime MenuTony RomasWestern Spices Penang etc. The cuisine list on foodpanda is quite tempting too. Customers can order wide range of cuisines like SushiIndian foodMalayMiddle Eastern Food or western food. Thirst-quenching beverages can also be ordered from famous places like Chatime,Starbucks and Denise Wines. Ordering fast food at home has never been this easy. Order from Burger Kaw Kaw or Papa John's, it'll be delivered in no time. Got back home late from work? Many restaurants like Cubes Pizza provides food delivery in Malaysia after 11 pm.
Crave for a hot and steaming pizza in Kuala Lumpur? Order a pepperoni pizza from list of pizza restaurants. A short while later, it will be delivered to your doorstep. Cash on delivery or online payment, choose your favorite option. For the online payment option you can also use credit card and enjoy Malaysia food delivery. Pizza delivery in Kuala Lumpur or in other cities is now really quick and easy thanks to foodpanda. Dreaming of a chicken meal from Kenny Rogers menu? Simply enjoy delivery in Cyberjaya area for example.
Ordering food online has never been as easy and convenient as with foodpanda. Within a few clicks only, you can order food online in Malaysia. Tell us first where you are located and we will provide you the list of the best restaurants in your neighborhood. Check out Starbucks menu, Secret recipe menuTGI Fridays menu and hundred other ones. Use Foodpanda filters to refine your selection. Check online all the possibilities you have in PenangGeorgetownMelakaSubang JayaCyberJayaPetaling JayaJohorIpohShah Alam Klang or Mont KiaraTaman Prima Impian Kepong, in KL etc.

18 comments:

  1. macam best je..nak try jugak. Sakae Sushi my favorite pun ada!


    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah try nanti, kalau register dpt voucher RM10 utk first order nanti. Thanks sebab sudi singgah ke sini

      Delete
  2. Sgt bagus review ni. Utk surprise kan org amat praktikal. Tq for sharing :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah, selalu pergi mkn kat rumah org, ni bwk makanan ke rumah org :)

      Delete
  3. Macam menarik je kan. Boleh try download. Tapi tak tau area saya stay ni dia cover ke tak. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, dia tak covers emua area. cuba masukkan nama jalan rumah, nanti tgk dia ada cover ker tak.

      Delete
  4. Haritu ada nak try order utk breakfast rupenya xde.servis start kul 12.30..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ler... bergantung pada restoran tersebut kot

      Delete
  5. sejak ada food panda delivery ni kita pun bukan main lagi berganda malas nak masak. hahaha. asyik order food panda memanjang. hehehhe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe, banyak pilihan ada kan. main klik-klik sahaja

      Delete
  6. tu laa kan.. banyak jugak fast food yg boleh delivery.. heeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kitaorg order makanan arab-mandy rice. nak kata arab sgt, tak jugak, more to Iranian rasanya

      Delete
  7. Salam. Hee harga sehatus tujuh hinggit boleh tahan juga ya. Tapi nampak sungguh menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala wak, yg jadik mahalnya may be sebab order Lamb Mandy

      Delete
  8. fuuuu.... sangat baguslah foodpanda nih... ternyata apa yang saya pernah bayangkan dah terjadi huhuhu...

    hantar pakai kancil, macam cerita keluarga iskandar pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita keluarga iskandar tu mcm mana pulak?

      Delete
  9. Wahhh!! macam menarik je Servis dia. Nanti nak try jugak lah. Thanks share ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik especially bila kita teringin nak makan, tapi malas nak masak + malas nak keluar . nak suruh masak lamb mandy ni alamatnya sampai tahun depan pun tak masak la

      Delete