728 x 90

Wednesday 4 February 2015

Perjalanan projek 1 DAPUR 1 KELUARGA-PART 3 serta komen terhebat alaf ini

Entry ini lebih kepada sesi luahan perasaan dan mempoyokan diri sendiri. Sila skip kalau tak tahan nak baca :P

Jujurnya, masa mula-mula saya up projek ni pada 15 Jan 2015 dekat blog dan di share di wall Fb saya ( masa tu segan-segan nak share dlm blog group), saya budget dalam 20 set dapur jer boleh dapat. dalam hati saya cakap, andai kata saya syok sendiri, saya still akan proceed dgn 5 set dapur as bahagian saya. Rupanya saya silap, bertalu-talu PM masuk nak menaja dapur, sampai habis stik dekat Lazada kitaorg kerjakan. Hari ni pun dah shot 7 gas regulator, kena carik supplier kat luar.

Malam tu, lepas updated kat wall sendiri, saya adalah tinggalkan komen kat FB page Raja Shamri utk beritahu dia ada barang akan sampai sebab sebelum ni saya ingat nak end up projek ni 31 Jan 2015, sekali masih ada yang sudi menaja. So org nak bagi, saya tak boleh menolak. Disebabkan saya ni tak ada whatsapp, dan abang Raja pun dah pesan awal-awal hantar msg dlm Whatsapp jer, kalau Pm dlm Fb dia tak baca, so saya tinggal terus la kat komen. Sekali berdesup-desup dpt "like". Jom kita tengok komen terhebat di alaf ini.



328 likes tu, ini kalau masuk voting contest, confirm GP dah... hehehhehehehehe.

Ok, dah sudah up dan mempoyokan diri sendiri.

Berbalik kepada tajuk utama entry ini, so far kita sudah ada 51 unit set dapur dan 3 blender yang ditaja oleh rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan misi membina smeua kehidupan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan FB dan blogger yang turut sama mempromosi projek 1 DAPUR 1 KELUARGA ini di laman sosial masing-masing dan yang sudi votes untuk contest #ambank #givealittle . Projek ini Insya-Allah akan berakhir pada 28 FEb 2015 dan bulan depan jika ada rezeki, saya akan mulakan projek lain pula.

Nak menaja projek 1 Dapur 1 Keluarga? Boleh klik di link di bawah ini untuk keterangan lanjut

http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/projek-1-dapur-untuk-1-keluarga-misi.html

Nak join giveaway dan menangi voucher RM20 setiap satu? Sertailah segera sebelum 28 Feb di link bawah ini: 

http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/giveaway-ambank-givealittle-membantu.html

Nak vote projek 1 DAPUR 1 KELUARGA, bleh klik dekat link di bawah ini

https://www.facebook.com/AmBankMalaysia/app_170589652977604?app_data=%7B%22v%22%3A%22ideadetails%22%2C%22id%22%3A%221264%22%7D


Projek ini lahir dari kesedihan yang melanda hati melihat kesan bencana banjir di negeri sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga sumbangan kecil kita ini dapat meringankan bebanan mangsa banjir. Walaupun ada suara-suara yang kurang enak, kita ketepikan semua itu, yang penting niat kita untuk membantu tu dapat dilaksanakan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Amin.

Sekian coretan ringkas pada pagi ini.



Merlyn Hasshim 







3 comments:

  1. Salam. Hee semoga semuanya berjalan lancar. aminn ya robbal alamin

    ReplyDelete
  2. rakyat malaysia prihatin. :-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rakyat kita amat prihatin dan pemurah...

    ReplyDelete