728 x 90

Monday 26 January 2015

Lady Lista - Dari Maskara Seorang Diva



PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari.

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita.

Dengan tagline ‘ Dari maskara seorang diva’,Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my



notakaki: tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula forum cari. Terlalu banyak kenangan manis dan di situlah tempat berkenalan dengan gang-gang board oversea. Di situlah belajar memasak dengan Kak Noor Masri, Chef Haniliza, berkongsi tips parenting , koleksi hand bag, pinggan mangkuk serta melayan forumer yang mempunyai 2 identiti, u know who you are... hehehehehehehe




5 comments:

  1. salam kak. sy ada pm akak dekat facebok. nama; fina sophie. thank you :)

    ReplyDelete
  2. wow, lazada pun buat offer ye..ingtkn zalora je :) Boleh cuci2 mata ni :)

    ReplyDelete