728 x 90

Wednesday, 19 November 2014

Lupakan mengenai Mah, mari kita belajar menyukuri kehidupan

Tajuk entry tak hengat tu. Pagi ni bangun dengan seribu keazaman. Sempat dating mkn tosei dgn Dr selepas hantar bebudak gi sekolah ( awal jugak diaorg gi sekolah hari ni). Kerja pertama hari ini semestinya menghantar parcel kepada pelanggan teristimewa saya.


Lepas tu sempat pergi tengok baby baru Hanna Hayaati sesambil hantar barang yang dibeli iaitu set Origins yang tak berbalut. Tadi kat poslaju sempat beli plasik pembungkus, so proper sikitlah pembungkusan selepas ini ya, kalau tak main recycle jer apa yang ada di rumah.

Sampai di rumah, dapat pulak bungkusan ini.


Yes.. kerosakan di malam hari telah sampai. Lewat jugak la sebab order hari Khamis, hari Rabu baru sampai. Seminggu jugak. Sekali tgk address dari Singapore, patutlah. Walaupun Johor dan Singapore bersebelahan, tapi consider "oversea" , tu lambat sampai tuh



Tadaa... inilah new tools untuk melupakan kisah Mah. Kalau yang faham tu, baguslah. Yang tak faham, buat-buat faham jer la ek.. hehehehehehehe.Rasa macam dah lama tak beli gincu sebab selalu dapat sponsor/menang contest. Tetiba terasa nak beli ikut pilihan sendiri. Kalau beli kat kaunter selalunya rambang mata, so beli online jer la. Tak semestinya nak pakai untuk pergi berjalan, pakai kat rumah ok apa. Kepuasan untuk diri sendiri jugak.

Saya rasa saya akan shopping lagi kat LUXOLA nanti, tunggu budget bulan depan .Korunk kalau nak beli make up, perfume boleh la shopping n register kat sini dulu, nanti dpt collect points www.luxola.com.my.

Esok last day sekolah, so destinasi pertama semestinya KL la.. sesambil amik barang dgn supplier, boleh jenjalan kejap. Tapi sebelum tu kena bereskan kerja-kerja di rumah/ofis dahulu. ( tgh slow-slow mencarik office sendiri).

Iklan sekali lagi: Memerlukan perkhidmatan membuat website. sila tinggalkan no contact anda di ruangan komen. Terima kasih.


Syukur Alhamdulillah di atas kurniaanNya.

1 comment: