728 x 90

Tuesday, 18 November 2014

Rezeki, usaha, kejutan, dan isu suami curang - entry rojak

Pagi ni saya bangun dengan perasaan berbelah bagi. Dalam keadaan yang tak berapa sihat, cuaca agak mendung, macam mana saya nak keluar bekerja? Dah lama tak pergi hunting . Dalam dunia contest ni, kalau tak  hunting, no form, no contest, no win, no income. Kemenangan tu bukan turun bergolek macam durian yang gugur. Even durian pun kalau kita tak tanam, tak letak baja, takkan gugur macam tu sendiri. Samalah dengan kita ni, kalau kita tak berusaha, kita takkan dapat apa-apa. 

Disebabkan keadaan tak mengizinkan, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah sahaja. Takut melarat pulak sakitnya. Saya keluarkan kamera, saya susun balik brg preloved yang saya nak jual, ambil gambar, edit dan buat ayat catchy sikit. Upload dlm preloved group, approved by admin dan duduk depan laptop sambil menunggu PM masuk. 

Jangan tanya, semua dah selamat jual

By evening, selamat tutup kedai. Tu contoh sebahagian yang saya  promo dekat group preloved. Hari ni saya belajar marketing . Sedikit sebanyak membantu saya supaya tidak "nervous" dengan apa yang bakal saya lalui selepas ini. I need to build my self confidence  setelah 10 tahun berada dalam "comfort zone". So , ini akan menjadi satu latihan buat saya sendiri. Kalau tak faham, buat-buat faham jer la.

Rezeki tu ada di mana-mana. Walaupun tak dapat keluar hunting, masih boleh buat kerja di rumah. Cuma kena kreatif sedikit dan selebihnya berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan urusan. Mudahnya menjemput rezeki itu.

Petangnya tengah syok mengisi form poslaju, tetiba owner D 'Rosni Tepung Kek Segera telefon, katanya nak singgah ke rumah untuk menghantar hadiah contest yang menang tempoh hari. Masa prize giving tu, saya masih berada di KK. Jadi saya minta mereka poskan sahaja hadiah tu, tak sangka Puan Rosni nak datang by hand pulak.


Ya, inilah hadiahnya, sebuah hand mixer Panasonic serta tepung kek coklat segera. Contest ni kalau tak silap kena buat slogan . Nnati korunk cubalah beli tepung kek segera ni, sangat sennag dan cepat nak buat kek coklat. Sambil pejam mata jer.. er...pejam sebelah mata ok kot. Just tambah air, butter/oil dan telur. lepas tu kacau dan masuk dlm oven. Tada.. siap... Nanti next time saya buat entry fasal kek coklat itu yer.

Berbalik kepada topik asal entry ini, sukacita ingin saya nyatakan mudahnya menjemput rezeki, peluang sudah ada di depan mata, terpulang pada kita hendak merebut atau tidak. Saya tahu minggu ni isu hangat diperkatakan mengenai suami curang. Saya tak nak ulas panjang isu tersebut, cuma satu jer saya nak cakap. Kalau seorang suami tu menjaga solat 5 waktunya, dia takkan sesekali menghampiri ZINA, ok.  Lain dari tu, saya malas nak ulas. Semua dah besar panjang,tahu tanggungjawab memasing, Kita duduk di zaman moden ni, segala makluat di hujung jari, klik sahaja encik Google, mcm google nama sendiri.

Ok, cukuplah dulu. Jarang saya buat entry panjang lebar. Saya sangat bersyukur dengan rezeki hari ini dan saya berdoa semoga para pembaca blog ini dimurahkan rezeki juga, yang penting kita jangan putus asa untuk berusaha. Amin.

Oh ya, saya sedang mencari perkhidmatan untuk buat website, ada sesiapa boleh bagi cadangan? Yang ni memang saya tak mampu nak buat sendiri, so better saya hire orang yang berpengalaman . Boleh tinggalkan ni contact di ruangan comment. Terima kasih.

10 comments:

  1. Salam. Hee rezeki jodoh ajal dan maut sudah Allah tentukan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. entry panjang jadik novel terus Ila.. hehehehehehe

      Delete
  3. Betul tu..kena percaya pada rezeki

    ReplyDelete
  4. Rezeki itu kurniaanNya..yg penting usaha.doa.tawakkal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia sendiri tidak bangkit berusaha mengubah nasibnya

      Delete
  5. Tahniah siap dpt hand mixer gi, cikna de perasan kek ni kat pasaraya ritu mmg senang buat la hrga pun bawah rm10 je...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik na, senang jer buat kek yg premix ni, tambahkan telur+minyak+air jer

      Delete