728 x 90

Tuesday 25 November 2014

Aktiviti cuti sekolah- deco cup cake contest di Perpustakaan Taman Universiti

Semalam sudah termiss contest mewarna di Perpustakaan Taman Universiti kerana kesibukan emak di bank, so hari ni kena ambil peluang untuk bawa bebudak menyertai pertandingan menghias cup cake yang dianjurkan di perpustakaan tersebut sempena cuti sekolah. Pertandingan ini terbuka untuk kanak kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Sebanyak Rm5 yuran dikenakan untuk setiap peserta.

Sebelum pertandingan bermula, kita lepak baca buku dulu ya anak-anak.

Geng bas sekolah



Susun atur dalam perpustakaan mini 

ni baca buku ker nak berposing

Baca buku kejap jer, lepas tu main blok sementara menunggu abang-abang habis mendeco

Leka sungguh si Aariz dan Azhad membuat binaan


Tu dia, siap berapron dan topi chef

Chef cilik sedang berdiskus macam mana nak deco cupcake nanti

Deco jangan tak deco 

 Si adik datang memberi support pada abang ( nak join tak cukup umur)

Hasil keras tangan Shukri

Yang ni Amsyar punya.. cantik dan berseni


Pemenang utama bergambar bersama cup cake masing-masing

Hadiah saguhati

Yang bestnya contest ni, semua yang join akan dapat hadiah saguhati untuk dibawa pulang. So, tak adalah anak-anak merasa  sedih atau kuciwa ker apa kan tak dpt top 3. I like it!

Ucapan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Perpustakaan Taman Universiti kerana menganjurkan program yang sungguh bermanfaat ini. Saya pasti semua tertungu-tunggu untuk aktiviti sebegini di masa akan datang. 


11 comments:

  1. Salam. Hee seronok tengok anak-anak bergembira membaca buku dan sertai peraduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Wak, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik

      Delete
  2. Replies
    1. yup, yg best semua join dpt hadiah. kalau tak, jenuh mak nak kena pujuk anak nanti

      Delete
  3. Dania sure nak Join aktiviti macam ni.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perpustakaan mini kat sini aktif jugak, minggu ni jer baru sudah pertandingan mewarna( bank rakyat sponsor). next week ada kelas buat clay pulak. at least bebudak ni ada aktiviti cuti sekolah pada charge yg minimum. kalau nak enrol kelas arts kat luar, mmg mahal

      Delete
  4. Indahnya melihat anak-anak berlaku kreatif. Semoga menjadi penerus bangsa yang berkualitas hebat

    ReplyDelete
  5. Kids is a wonderful people. DO not let kids get wrong education. Awesome

    ReplyDelete
  6. Amazing post. This post is really inspiring

    ReplyDelete
  7. Jika melihat dari foto-fotonya, anak-anak ini sudah sedang dalam keadaan gembira. Alangkah bahagianya mereka. Para orangtuanya harus bersyukur jika kita melihat mereka yang kurang beruntung berada di tengah-tengah konflik. Sungguh mengibakan hati

    ReplyDelete