728 x 90

Friday 21 November 2014

Cuti sekolah bermula di Sunway Putra



Aktiviti pertama cuti sekolah ini semestinya berjimba jimba di Kuala Lumpur. Pagi pagi sudah menaiki Kl Express dari Putrajaya menuju ke Kl Sentral. Tambang sehala ke kl sentarl dari putrajaya ialah RM9 utk dewasa dan separuh harga untuk kanak kanak. Boleh tahan mahal jugak. What do do, kita nak cepat, abah pulak sibuk kerja.

Di kl sentral terus pergi ke Nu Central mall yg bersebelahan sahaja. Lunch kat Sam grocers, bebudak mkn spageti dan meatball, emaknya mkn asam laksa n mee goreng. Lupa nak amik gambar sebab kelaparan tahap gaban. time lunch hour agak pack dengan org. Makanan di sini agak murah dan ada rasa. 

Lepas tu sempat shopping kat Parkson untuk menghabiskan voucher yang ada. (next entry punya cerita). lepas dah buat sedikit kerosakan, kita pun mulalah mencarik LRT nak balik. Dah lama tak naik LRT, so ada sedikit blur la. rupanya kalau nak tukar train pakai satu tiket jer dah cukup. Kita nak ke PWTC, so tuurn di masjid jamek dan tukar train lain ke PWTC. Berjayalah jugak sampai, tgk hotel tgh construction, berpinar mencarik pintu masuk. Biasa duk kar Seri Pacific,kali ni saja nak ubah selera.

bilik agak luas untuk kami berempat 

Standard toiletries, tak ada special apa apa pun

Ruang mandi, tak ada bath tub... huhuhuhuhu

Ruang kerja untuk bos kecik

Pantry yang agak tersorok, dekat kabinet TV

Dengan harga RM230+ semalam? Hem... tambah sikit lagi duk kat Seri Pacific, ada bath tub. Kesian bebudak, swimming pool pulak tutup, under construction. 


4 comments: